Tiada manusia yang sempurna diatas dunia ini.Meskipun kehendak dan keperluan telah terlaksana. Itu tidak bermakna ianya menggambarkan diri kita insan yang sempurna di muka bumi ini. siapa kita di atas muka bumi Tuhan ini?
Kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan ujian.
Ujian boleh datang dalam bentuk kekayaan dan kemewahan harta yang melimpah ruah. Mungkin juga boleh datang dalam bentuk kemiskinan disertai dengan kesakitan yang tidak terhingga.
Tatkala diri di uji beringatlah dan sabar lah diri dalam menghadapi hidup ini.
Hari-hari kita adalah teguran dan nasihat untuk menjadikan diri ini sebenarnya manusia dan mengajar diri untuk lebih memahami tugas seorang manusia . Kita wajib bersyukur kerana dikurniakan kesihatan dan akal yang sempurna.
Nikmat yang tidak terhingga adalah, kita masih diberikan nafas untuk meniti kehidupan serta masih diberi peluang untuk menempuh hari esok...Alhamdulillah.
Sudah lama ingin ku tulis perkongsian ini.
Mata ini sentiasa melihat golongan yang telah ditarik sebahagian nikmatnya. Setiap kali ku melihat teguran ini, air mata ini akan mengalir. Ku bersyukur kerana masih diberikan kesihatan. Kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan dosa. Moga teguran ini akan menginsafkan diri.
Secara zahirnya, tiada seorang manusia pun yang meminta dijadikan sedemikian rupa. Ada hikmahnya yang ingin disampaikan.Kita sebagai manusia perlu mengambil iktibar dari ujian itu untuk dijadikan pedoman dan menjadikan diri lebih baik dari hari sebelumnya.
Kesimpulanya, nasihat dan menasihati secara langsung dan tidak langsung adalah intipati untuk membina diri sendiri. Makanya, bersyukurlah kita atas kurnian nikmat yang diberikan olehNya.
#NikmatilahHidupDenganKesyukuran
