PART 2-IKAN BAKAR
Pada 13/07/2015 bersamaan Ramadhan ke-25 Ku dan Hubby masak ikan bakar untuk diberikan kepada anak-anak sekolah. Ikan bakar ni di adaptasi dari mak Ku. Terima Kasih mak.
Kali pertama bakar ikan dalam kuantiti yang banyak.Sebelum ini buat ikan bakar, untuk makan keluarga sahaja. Memadangkan kami berdua sahaja yang bekerja, maka untuk membuang isi perut ikan dan bersihkannya ambil masa satu hari...Sungguh mencabar sekali…Tapi happy, terutama saat-saat nak berbuka puasa tu berlari untuk dapatkan air…
Ok, sampai pada hari ikan nak dibakar. Pukul 2.30p.m bermula lah proses bakar ikan.Seronok sangat..Lebih kurang pukul 6pm ikan bakar siap dimasak...Alhamdulillah,cabaran dapat diatasi.
Suasana sekitar masak ikan bakar
untuk lebih "kaw" rasa kuah pada isi ikan gaulkan sedikit kuah pada ikan sebelum bakar
"baring"kan ikan atas kuali
Tutupkan dengan tudung aluminium.percepatkan proses isi ikan dimasak
My Hubby berhati-hati terbalikkan ikan
Done!
RESEPI IKAN BAKAR MAK
Bahan A
3ekor Ikan (ikutla ikan apa pun,tapi penulis guna ikan Tilapia saiz sederhana besar)
Daun pisang untuk alas ikan
Bahan B (Kuah)
Minyak
½ bungkus air lada@cili giling
10biji Bawang besar
1labu bawang putih
5batang Serai Dikisar
½ inci Halia
belacan-optional
1 kerek Gula Melaka @ nisan penulis panggil
2 sudu makan serbuk kari-optional
air asam jawa
Gula
Garam secukupnya
Daun limau purut-dihiris halus
Cara masak kuah
1.Panaskan kuali dan masukkan minyak. Pastikan minyak betul2 panas and then masukkan air lada dan tumis sehingga garing.
2.Kemudian masukkan nisan,serbuk kari dan kesemua bahan dikisar tadi kedalam kuali ...kacau sehingga sebati dengan air lada tu.
3.Masukkan air asam jawa.bagi yang suka masam lebihkan.
4.masukkan gula dan hirisan daun limau purut.kacau dan terus kacau
5.Last sekali masukkan garam. Tunggu sehingga masak.
#p/s: Jika ingin kuah tu cair boleh tambah air, Tap penulis suka kuah pekat.
Cara Bakar ikan
1.Panaskan kuali, lesetkan sedikit minyak pada kuali .Kemudian ambil daun pisang dan letakkan keatas kuali tersebut.
2.Ambil kuah tadi letakkan keatas daun pisang ,leset2 kuah tu dan seterusnya letakkan ikan. 3.Sapukan kuah bahagian atas ikan.kemudian tudung dengan penutup. Boleh guna tudung periuk kukusan,makesure tudung tu ala2 macam kon bentuknya.
# 5minit ikan bahagian bawah dah masak,jika nak garing lamakan sikit masa ikan diatas dapur tu
Kemudian pusing ikan tersebut…
Pastikan ikan dah masak,boleh diangkat dan sedia untuk dinikmati.











