Ramadhan telah melabuh tirainya dan mengucapkan selamat tinggal untuk kita semua. Ramadhan adalah bulan yang penuh Barakah, Rahmat dan penuh dengan kebahagian.Semoga amalan kita sepanjang di bulan puasa diterima olehNya. Dengan harapan dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan seterusnya.
Begitu banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ni.
Pada bulan ni cik Ani mencabar diri cik Ani untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaannya. Menerima tempahan jahitan dan menjual makanan, ni boleh dikatakan pengalaman yang luar biasa untuk cik Ani lah.
Pada awal Ramadhan, cik Ani mencari pengalaman untuk menjual lauk pauk berbuka puasa di bazar Manir.Antara menunya adalah ikan patin masak tempoyak, daging manis, sayur kampung masak lemak, ikan keli berlada, ayam percik dan ikan golek. Untuk masak lauk pauk ni, cik Ani mulakan kerja pukul 9am dan siap sekitar 2pm.
*(gambar lupa nak ambil,biasalah masa camni dah tak terfikir nak snap gambar)
Minggu ke-2 hingga seterusnya, kerja potong-memotong, jahit-menjahit bermula. Minggu ni jadi tukang jahit pula. Agak kepenatan, sudah terima amanah, teruskan buat sampai siap.
Minggu akhir Ramadhan, 4hari sebelum Syawal, cik Ani dan en.Asben cari pengalaman lagi dengan menjual makanan sahur.Ni antara idea en.Asben yang paling "osem" sekali. Selepas tarawikh, kami akan bergegas ke dapur untuk memasak. Menu sahur simple je nasi putih+ayam goreng berempah+kuah kari. Apabila dah selesai masak, pukul 12am, kami memandu ke tempat yang ingin dituju. Idea menjual makanan sahur ni bermula dengan pengalaman kami menjadi perantau. Pulang ke kampung pada musim perayaan susah nak dapatkan makanan sahur dengan jalan yang sesak. Setelah tiba di hentian, makanan sahur dah habis. Inilah sebab kami menjual makanan sahur untuk perantau".
Inilah antara pengalaman yang paling bermakna buat cik Ani dan en.Asben dengan mencabar luar kebiasaan pada diri. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman ini ialah rezeki tidak akan bergolek tanpa usaha yang berganda. Selain itu, manfaatkan kemahiran yang ada pada diri dan mencari kemahiran yang pada diri sendiri.Cik Ani percaya setiap manusia dikurniakan kelebihan tertentu.Maka,mafaatkanlah sebaik yang mungkin. Mudahan pengalaman ini akan menjadi pendorong untuk terus maju ke depan.
#pengalaman
#manfaatkanhobi







