Wednesday, January 13, 2016

CIPTA LABEL BAJU SENDIRI DENGAN HEAT TRANSFER PAPER

Sebenarnya kita bole buat atau cipta jenama baju atau pakaian kita sendiri. Semestinya buat sendiri boleh jimatkan kos upah untuk hasilkan label pada baju.
Selepas bertungkus lumus bertanyakan "Mr.Google" tentang membuat label baju sendiri disini ku kongsikan bahan dan cara-cara menghasilkannya. Ini hasil gabungan beberapa bacaan ku.

Inilah percubaan pertama ku..kira "ok" la.



Bahan-bahan dan peralatan
1.heat transfer paper
2.seterika (sebagai alat perantaraan transfer paper dan kain)
3.kain (ikut citarasa)
4.komputer/laptop + printer ( ink inkjet)

cara-cara
1.Dengan menggunakan laptop/komputer design label ikut citarasa sendiri.Pastikan kedudukan design yang dah siap dalam keadaan "mirror"
2.Kemudian print menggunakan transfer paper.
3.Selesai print, panaskan seterika dan gosokan permukaan bercetak keatas kain yang dikehendaki. Pastikan jangan sampai hangus pula kertas tu.
4.Dah siap dan bole hasil brand sendiri.

Sila-sila lah sharing jika bermanfaat